CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 29, 2010

JANGAN CELUPAR TERHADAP ANAK-ANAK



Salam, bila tgok laman blog org lain, mcm2 info aku dpt, so aku decide, bila ada ifo menarik, aku akan susun semula, bila nak refresh, senang nak crik. semoga teman2 pun dpt manafaatnya..insyAllah...

Kali ni aku tertarik ngan artikel dari blog..TAHU, FAHAM & AMAL, byk kesilapan yang berlaku ke atas diriku selama mendidik anak, ps..don't blame ur past ok!!!, look future ...

Do'a ibu bapa kepada anak-anak adalah mustajab dan cepat diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana itu, janganlah diucapkan kata-kata yang jahat-jahat dan tidak baik kepada anak-anak yang nakal atau cerdas, kerana tersebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ada tiga do'a yang diterima oleh Allah Ta'ala iaitu do'a orang yang kena zalim atau kena aniaya ke atas orang yang menzaliminya, do'a orang yang sedang belayar dan do'a ibu bapa ke atas anaknya." (Hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kanak-kanak yang nakal atau cerdas menunjukkan ia cerdik dan pandai. Mereka akan sentiasa bergerak, dan ada sahaja perkara yang hendak dibuatnya. Mereka tidak ingin duduk diam. Kelakuan ini adalah sifat semula jadi kanak-kanak. Karenah seperti ini kadang-kadang menimbulkan rasa tidak menyenangkan kepada setengah ibu bapa. Bagi ibu bapa yang kurang kesabaran, mereka akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik seperti menyumpah seranah dan lain-lain perkataan yang boleh membawa akibat yang tidak baik ke atas anak mereka.

Dari itu, ibu bapa hendaklah melayani anak-anak mereka dengan penuh sabar dan sifat kasih sayang, sebab di tangan ibu bapalah yang akan mencorakkan warna-warni kehidupan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa tentulah berharap anak-anak mereka akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara pada masa yang akan datang. Bahagia anak-anak ada di tangan ibu bapa, demikian juga sebaliknya.

Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak mereka daripada terjerumus ke jurang api neraka. Dalam hubungan ini, tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik, mengajar dan membimbing mereka dengan tunjuk ajar, nasihat, adab sopan, pelajaran agama, mengerjakan ibadat sembahyang dan lain-lain ibadat wajib, cara berpakaian dan sebagainya dari sejak mereka kecil lagi.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang sahih daripada sahabat Jabir Radhiallahu Anhu telah berkata : "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya:

"Jangan kamu do'akan (menyumpah seranah) di atas diri kamu, jangan kamu menyeranah di atas anak-anak kamu, jangan kamu menyeranah di atas pakaian kamu, jangan kamu menyeranah di atas pekerjaan kamu, jangan kamu menyeranah di atas harta-harta kamu, jangan kamu berjumpa suatu saat yang diterima do'a kamu dengan seranah kamu itu, maka Allah akan menerimanya daripada kamu, yakni ada saat-saat dan waktu yang sangat dilulus permintaan dan do'a seseorang itu. Oleh takutilah kamu akan saat yang baik jadi tempat diterima do'a jahat dan seranah kamu itu."(Hadis ini tersebut dalam Sahih Muslim)

Di dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Sunni, daripada sahabat Huzaifah Radhiallahu Anhuma telah berkata: "Saya mengadu kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan jahat mulut saya," sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Di mana kamu daripada mengucap istighfar, yakni jangan jauh daripada istighfar, bahawa demi saya (Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mengucapkan yakni mohon ampun daripada Azzawajalla tiap-tiap hari 100 kali."

Menurut hadis di atas, sebagaimana pendapat Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, ibu bapa yang celupar mulut itu sunat baginya mengucap istighfar pada setiap masa supaya hilang celupar mulut dan menyeranah itu daripada mulutnya.

Di dalam kitab Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah daripada sahabat Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhu telah berkata: 'Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Barangsiapa selalu mengucap Istighfar nescaya Allah lepaskan dia daripada segala kesusahan dan daripada segala masalah dan daripada segala perkara berbangkit yang menyusahkan, dan Allah Ta'ala lepaskan dia daripada segala sedih dan bimbang dan Allah Ta'ala murahkan rezekinya dan diberi rezeki daripada pihak yang tidak disangka."

Oleh yang demikian, khusus kepada ibu bapa atau siapa saja yang celupar mulutnya hendaklah memperbanyak ucapan istighfar setiap hari supaya terhindar daripada ucapan-ucapan yang tidak baik kepada anak atau orang lain

Sumber : Mufti Brunei

Saturday, July 24, 2010

Semalam..wktu otw blik ambik budak2 tuisyen...ikim dok playing this song...aku n kids bernashid bersama-sama, rupa2 diorg selalu dengar dan nyanyi waktu kat sekolah...semoga mereka akan jadi anak2 yang beriman dan tidak lupakan mama dan ayahnya..AMIN

Wednesday, July 21, 2010

TANDA -TANDA ORANG MUNAFIK

50 tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan sunnah, di antaranya ialah :

  1. Malas beribadah kepada allah.
  2. Lupakan kepada allah.
  3. Lalaikan solat fardhu.
  4. Mempercepatkan mengerjakan solat.
  5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.
  6. Meninggalkan solat jumaat.
  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.
  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
  9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.
  10. Mengamalkan riak.
  11. Hasad dengki.
  12. Dusta.
  13. Mungkir janji.
  14. Bakhil.
  15. Fitnah.
  16. Mencaci maki.
  17. Mengumpat.
  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
  19. Mengengkari Takdir allah.
  20. Mempersendakan kesucian Agama.
  21. Enggan berjihad dijalan allah.
  22. Menghina sahabat Rasullah.
  23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
  24. Menangguhkan pembayaran Hutang.
  25. Menipu dalam jual beli.
  26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).
  27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.
  28. Memakan harta anak yatim.
  29. Membuka rahsia orang lain.
  30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.
  31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.
  32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
  33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
  34. Bermuka dua (talam dua muka).
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
  36. Sombong antara sesama manusia.
  37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.
  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
  40. Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
  42. Menghianati sesuatu amanah.
  43. Memutuskan hubungan silaturahim.
  44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.
  45. Menghalalkan perkara yang haram.
  46. Membuat kerosakan dimuka bumi.
  47. Menuduh orang beriman bodoh.
  48. Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.
  49. Bersumpah dengan selain nama Allah.
  50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
So, frenz???? byk kan yg berada di dalam diri kita, marilah kita sama2 baiki dan jauhi sifat ni
My Big Compliment to...http://www.ustaznoramin.com/......sgt menarik isinya...

Wednesday, July 14, 2010

cara potong kuku yang betul

salam..

Memotong kuku ada caranya. Kuku adalah sebahagian dari badan kita dan perlu kita hormati. Memotong kuku ada adabnya seperti ikut hari, aturan kuku yang dipotong dan buang kuku yang telah dipotong ke tanah kerana kita juga adalah dari unsur tanah.

Hari potong kuku:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Aturan potong kuku:



Mulakan potong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi. Potong kuku tangan bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Untuk kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Monday, July 12, 2010

blik kg...oh balik kg...


dah lama aku n family tak balik..sampai kena perlilah, naper tak balik2, org lain siap dah dua kali balik, kitorg tak balik2, walhal balik taklah sampai 1 jam...tapi mcm tulah...hubbyku bukan kerja mcm org lain..tiba kena kerja..tgh malam pun dia kena kerja...citer pasal balik kg..sebenar ada jemputan kenduri kawin...kira dah wajib baliklah tu..anak2 bila tahu balik kg...seronoklah..dpt jumpa sepupu2nya...

bila blik kg, aku terfikir..mak mentuaku ada anak 6 org..tpi seorg pun tak ada yang tinggal di kg...???? kesian aku tgok..rumah besar tpi duduk dua org...aku pun terfikir sok bila anak2 dah besar ..aku n hubby ajerlah tinggal berdua..ishhh...sunyinya hidup...can't imagine life like that....
bila ramai2 balik, meriah rumah tu...hopefully anak2ku akan sntiasa ingatkn mama n ayah dia kan..InsyaAllah...amin...

citer pasl balik hari tu, MIL terlepas ckp pulak..bibikku tak nak smbung kontrak pulak, katanya sampai bulan 5 tahun depan ajer..bila aku dengar..aku & hubby diam ajerlah..takkan kitaorg tetiber nak dtg kat dia n nak merayu pulak...malas nk paksa org, nak balik, baliklah...cuma aku ckp dgn hubby..kita kena get readylah..selama ni kita senang lenang, semua urusan rumah dia buat, so kena take overlah...(lepas ni tak dptlah kitaorg tgok wayang, minum2 pagi n shopping lagik...huhuhu-'serve my face'.)..Apa nak buat..terima ajerlah..aku fikir kdg2 elok jugak dia berhenti, coz 'I need my own privacy with my family'...walaupun selepas ni kitorg akan susah balik...takperlah..terima seadanya...kan frenzzz....

Friday, July 9, 2010

BIODATA IBLIS & SYAITAN


Nama : IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri :Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Suami : Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar pasar
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
Teman sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian
Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah
*** terima kasih kepada Ustaz Nor Amin for the article....***

Tuesday, July 6, 2010

Kisah Isra' Mi'raj

Kita nak menyambut Isra' mi'raj hari Sabtu nie..nak pose hari tu ..ada kenduri kawin pulak..saper2 feel free..hayatilah kisah nie..

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)