CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmatMu"



Friday, September 30, 2011

Tasbih Kaffarah

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani




sumber dari al-azhar.blogspot.com (terima kasih tak terhingga)


"Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau"


  •   Lazim kita menghadiri sesuatu mesyuarat atau majlis, kita digalakkan membaca tasbih kifarah...walaupun pendek, kalau tak diamalkan , lupa jugak kan..
  • dengan adanya ayat ni..boleh refresh balik...kalau terlupa..
  • tujuan bacaan ini diadakan adalah untuk memohon keampunan dan keberkatan sepanjang majlis itu berjalan...
  • .sentiasalah bertasbih...semoga kita semakin hampir kepadaNya...


Thursday, September 29, 2011

PELIHARALAH AURAT KERANA ALLAH


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



AURAT Tidak Akan Tertutup Dengan Perangai Baik....
AURAT Tidak Akan Tertutup Dengan Sikap Lemah Lembut.....
AURAT Tidak Akan Tertutup Dengan Kata-Kata Yang Manis.....
AURAT Hanya Akan Tertutup Dengan Pakaian Yang Sempurna......
Sayangi Diri & Aurat Kita.........
Tutuplah AURATMU sebelum ia ditutup kain KAPAN PUTIH
 





Tuesday, September 27, 2011

Bila Sampai SeruNya....

Bismillahirahman..nirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha  Pemurah, Lagi Maha Mengasihi...



kita manusia..hanya mampu merancang..
tapi Allah yang menentukanNya....
mungkin ada Hikmah di sebaliknya..
hati meronta-ronta..mahu melihatmu lagi...
tapi apakan daya..tiada rezeki ku ke sana..
menjejak bumiMu yang penuh Barakah itu...
Menziarahi kekasihMu di sana...
aahhh..rindunya...hanya bacaan As-Sajadah ...
pengubat rindu...mengenang ketenangan berjemaah di RumahMu...
semoga ada kesempatan dan diizinkan olehNya...
aku pasrah dan Redha...
semoga diberi nafas untukku menjejak bumiNya...
Insyaallahh..semoga dipermudahkan...
.
.
.
.

.





berita dari en.mazlie..buat tatapan semua...sangat mengujakan

Wednesday, September 21, 2011

BERDOALAH.....




 sumber gambar dari google...



Demikianlah kita, tidak selalunya kuat, ada ketikanya kita lemah dan perlunya kekuatan, doalah menjadi kekuatan mukmin, doa menjadi sumber inspirasi kita, dgn doa kita menjadi bahagia, dgn doa mengubah dunia, dgn doa segala impian menjadi nyata, dgn doa ia tertolak bala, tidakkah dgn doa kekecewaan menjadi ketabahan, menadahlah walau seketika kerna rahmat Allah tercurah utk kita, ketika kita amat memerlukanNya 



 Notes: Ayat yang sangat puitis...dari Kehidupan Makkah
Sumber: by Kehidupan Makkah

Wednesday, May 25, 2011

Report Spam..

Assalamualaikum...

Rasa marah dgn org yang memainkan agama..semoga manusia ini dapt petunjuk dan hidayah..oleh marilah kita sama-sama 'report abuse'..cara-caranya saya copy dari blog tazkirah...
sekurang-kurangya kita bertindak di alam maya..jgn biarkan begitu sahaja..biadap sungguh..



Sila klik.. http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com/

Satu lagi di http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com









Cara untuk report spam & flag blog di wordpress.com.

1. Pergi ke -> http://en.wordpress.com/report-spam/?url=http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com/

Pergi ke -> http://en.wordpress.com/report-spam/?url=http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/

2. Masukkan Email anda.

3. Di dalam kotak WHY ? Taipkan -> Insult Islam.

4. Klik -> Report Blog (cari sebelah kanan, tengah)

Jika ramai yang report spam, blog ini akan di BAN oleh wordpress.com.

Mari teruskan REPORT SPAM.



Hukum Menghina Nabi -> http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/09/hukum-menghina-rasulullah-saw.html

Tuesday, April 5, 2011

Solat Dhuha


sumber pic..mr google..

Assalammualaikum..lama tak bersiaran...mood blogging jatuh merudum dan sibuk pun iya...jika ada masa dan ruang marilah kita sama-sama mengerjakan solat Dhuha..banyak kelebihannya...di pejabat..memang sukar nk mengerjakannya..yelah sentiasa sibuk..apa2pun semoga kita dimurahkan rezeki dan dapt dihindarkan dari kepapaan..sumber dari blog http://hajiarshad.blogspot.com/2010/12/solat-dhuha-murahkan-rezeki-menolak, saya suka sgt baca blognya...byk ilmu saya dapt darinya...mintak izin saya msukkan di blog saya yek...



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

  1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
  2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
  3. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
  4. Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

  • Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
  • Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
  • Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.

  • Niat sembahyang Dhuha ialah :

” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “

Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:

Rakaat 1 Al-Syamsy Al Dhuha Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Al-Laiil An Nasr Al-Iklas 11X

  • Doa’ selepas sembahyang Dhuha ialah:

“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

sumber:

Friday, February 18, 2011

Bahaya Fitnah

(sumber pic..mr.google)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), FACEBOOK, TWITTER, laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan.

Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan. Hakikatnya,
dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti. Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan.

Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan,

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah. Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.

Ubat bagi penyakit hati ialah dengan
memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir. Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar E-mel, SMS, FACEBOOK, TWITTER & dll. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

semoga kita manafaatnya..sumber internet..sini

Wednesday, January 5, 2011

Hukum Berkaitan Telur Binatang


Dah lama dok berlegar persoalan mengenai telur...makanan ruji yg wajib ada di rumah ku..sumber dari email...bila check2 balik..tak pulak di link kan org yg mengkajinya...sekadar utk peringatan aku n my frenz...semoga ada manafaatnya...

Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H) menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang (sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan. Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah. Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H)di dalam kitab Majmu’. Terdapt dua perbezaan telur..

A) TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI
Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

  1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.
  2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.
  3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis. Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.
B) Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis? Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

  1. Menyebutkan bahawa ianya adalah najis
  2. Menyebutkan bahawa ianya adalah suci.
  • Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.
  • Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.
  • Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini. Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:
  1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.
  2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.
sumber : halaqah

Notes: Sila perbaiki sekiranya ada kesalahn....bagi saya di rumah..memang saya basuh..tpi bila mkn di luar...tu yg was2 sikit...